Infaq Jihad Ramadhan 2025

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bulan Ramadhan merupakan hadiah yang paling bernilai yang Allah hadirkan kepada umat manusia sekali dalam setahun dengan membawa rahmat pengampunan dan ganjaran yang berlipat ganda.

Saat inilah kita mesti menggunakan peluang beramal dengan bersungguh-sunguh untuk membersihkan jiwa, bertaubat dan meningkatkan amal yang menguntungkan kita di akhirat kelak.

Antara amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW sewaktu Ramadhan adalah BERSEDEKAH.



Bersedekah secara tidak langsung dapat mendidik jiwa dengan rasa empati, kasih sayang kepada manusia lain serta menjauhi kita dari rasa kedekut dan tamak.


Sempena kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak, kami dari pihak Maahad Tahfiz & Turath Ar Rasyad membuka peluang kepada seluruh umat Islam untuk sama-sama merebut fadhilat yang tidak ternilai ini.

Bagaimana sedekah anda dimanfaatkan?

Untuk membina dan menaik taraf kemudahan Maahad Tahfiz.

Untuk menyediakan kelengkapan pembelajaran untuk para pelajar.
Dan untuk menjamin keselesaan anak-anak tahfiz dalam menghafal Kalamullah.



Untuk makluman, pembangunan terkini adalah pada tahap fasa kedua iaitu pembinaan dewan kuliah, dewan makan, asrama dan juga tandas. Pembangunan fasa pertama dengan izin Allah telah terdirinya sebuah surau untuk kegunaan pelajar.




Setiap sedekah yang anda sumbangkan adalah langkah dalam menyokong generasi yang mendalami Al-quran. Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang berganda kepada semua penyumbang dan diterima semua amal kebaikan anda oleh Allah SWT, insyaallah.


Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :

018 9792994 / 013 6852486

Alamat :

MAAHAD TAHFIZ DAN TURATH AR RASYAD,

LOT 519 MUKIM PANTAI,  

71770 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAQ100
INFAQ50
INFAQ10
INFAQ05
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN